Kursus Asas Pengurusan dan Pentadbiran RT Daerah Kunak & Semporna
Sabtu, 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan SRJK Pai Sheng Kunak, JPNIN telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga yang disertai oleh semua KRT yang terdapat di Daerah Kunak dan Semporna. Pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dan ilmu yang dikongsi dalam kursus tersebut.
![]() |
| Gambar 1 - Bahan pembentangan yang disediakan oleh penganjur. |
![]() |
| Gambar 2 - Pengarah JPNINS menyampaikan sedikit penghargaan kepada penceramah. |
![]() |
| Gambar 3 - Antara peserta kursus yang terdiri daripada KRT Kunak dan Semporna. |
![]() |
| Gambar 4 - Pengerusi dan Setiausaha KRT Sulabayan bersama dengan Setiausaha KRT Miramas. |
Hello World!!!
Perkataan "Hello World" ataupun dalam bahasa Malaysia "Hai Dunia" seringkali dikaitkan dengan pengenalan kepada sesuatu ilmu yang asing bagi diri kita. Sepertimana Kawasan Rukun Tetangga Sulabayan yang baharu sahaja ditubuhkan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk Kampung Sulabayan. Dengan adanya pertubuhan seperti ini, banyak aktiviti yang boleh dicadangkan contohnya Program Gotong Royong, Program Sukan dan Rekreasi malahan Program Lawatan juga boleh dicadangkan selagi peruntukan yang diberi dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan. Pihak KRT Sulabayan amatlah berbesar hati sekiranya program-program seperti ini mendapat sambutan daripada penduduk Kampung Sulabayan. "Membudayakan Perpaduan Meraihkan Kepelbagaian".
Subscribe to:
Comments (Atom)
Advertisement
Follow Us
Popular Posts
Blog Archive
Copyright KRT Sulabayan. Powered by Blogger.
.png)




