Pembukaan Akaun KRT Sulabayan

03:54 0 Comments

Khamis, 20 Ogos 2015, bendahari KRT Sulabayan bergerak ke Semporna untuk membuka akaun untuk KRT Sulabayan. Akaun ini adalah akaun simpanan bersama yang memerlukan 3 orang untuk mengesahkan pembukaan akaun tersebut. Akaun ini juga akan digunakan untuk menerima peruntukan sebarang aktiviti yang dirancang oleh KRT Sulabayan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

0 comments:

Kursus Asas Pengurusan dan Pentadbiran RT Daerah Kunak & Semporna

21:36 0 Comments

Sabtu, 8 Ogos 2015 bertempat di Dewan SRJK Pai Sheng Kunak, JPNIN telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga yang disertai oleh semua KRT yang terdapat di Daerah Kunak dan Semporna. Pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dan ilmu yang dikongsi dalam kursus tersebut. 
Gambar 1 - Bahan pembentangan yang disediakan
oleh penganjur.

Gambar 2 - Pengarah JPNINS menyampaikan sedikit
penghargaan kepada penceramah.


Gambar 3 - Antara peserta kursus yang terdiri daripada
KRT Kunak dan Semporna.

Gambar 4 - Pengerusi dan Setiausaha KRT Sulabayan
bersama dengan Setiausaha KRT Miramas.


0 comments:

Hello World!!!

17:40 0 Comments

Perkataan "Hello World" ataupun dalam bahasa Malaysia "Hai Dunia" seringkali dikaitkan dengan pengenalan kepada sesuatu ilmu yang asing bagi diri kita. Sepertimana Kawasan Rukun Tetangga Sulabayan yang baharu sahaja ditubuhkan bagi tujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk Kampung Sulabayan. Dengan adanya pertubuhan seperti ini, banyak aktiviti yang boleh dicadangkan contohnya Program Gotong Royong, Program Sukan dan Rekreasi malahan Program Lawatan juga boleh dicadangkan selagi peruntukan yang diberi dapat menampung perbelanjaan yang diperlukan. Pihak KRT Sulabayan amatlah berbesar hati sekiranya program-program seperti ini mendapat sambutan daripada penduduk Kampung Sulabayan.  "Membudayakan Perpaduan Meraihkan Kepelbagaian".

0 comments: